Tuesday, June 23, 2009

Antara cita2 & impian


Di dalam blog ini,kurang benar aku ceritakan tentang minat yang datang secara perlahan2 tentang dunia fotografi,antara bakat&minat,mungkin minat yang lebih sesuai untuk aku.Aku bukan manusia yang penuh dgn seni,aku hanya org biasa yang ingin belajar tentang cara mengambil gambar dgn sempurna,aku ulang sekali lagi,ini bkn bakat,tapi sebenarnya minat,Memang berhasil sebenarnya jika minat ini disusuli dengan usaha,harus ingat,aku bkn sekadar budak2 yg menggantung kamera di leher,sambil berjalan2 di KLCC sambil ingin dilihat oleh orang sbg 'BUDAK SENI'Bullshit aku lemparkan utk mereka.Aku jadikan ini sebagai kerjaya sampingan,buat mencari duit di hujung minggu,Disini aku ceritakan sedikit tetang ilmu DSLR yg aku tahu serba sedikit,Setelah aku kaji dan teliti,bg aku yang naif ini,Nikon adalah kamera yang boleh membuat seseorang itu sanggup menghabiskan ribuan ringgit.Sbb itu aku katakan tadi,kalau sekadar minat tanpa usaha,buat rugi jaa beli DSLR nie,tp oleh sbb minat dan boleh buat duit,akhirnya aku mampu miliki Nikon yg xseberapa ini.Selepas puas aku berjinak dgn D90 aku,aku berubah angin ke D300,atas sbb alasan yang kukuh,aku ceritakan serba sedikit apa yg istimewa D300 pada aku.Nikon D300 adalah kamera profesional kelas menengah. satu level di atas kamera DSLR (D40-D90) entrance dan selevel kelas profesional (D1-D3). D300 merupakan pengembangan D200 terdahulunya. Tetapi pengembangan featuresnya mengikut rapat hampir mendekati D3(kecuali tidak full frame).Sehingga D300 sering disebut-sebut sebagai adik D3.
Bagi aku,Nikon D300 adalah benar-benar kamera profesional. Tidak ada scene mode(seperti di kelas-kelas entrance DSLR), juga tidak ada tombol mode automatik! Beginner akan kesulitan dengan gadget ini. Juga tidak ada features flash automatik saat mengambil gambar dalam keadaan low-light.
Tetapi jika kita tahu apa yang akan dibuat dan apa yang harus dilakukan,Nikon D300 adalah alat yang sangat tepat untuk mewujudkan imaginasi lebih daripada bakat dan minat. Nikon D300 dapat melakukan banyak hal.Dia akan melakukan penyesuaian ISO dengan sempurna,menemukan detail secara ajelas di dalam bayangan(shadow),dan memetik gambar subjek sekalipun dia berada di luar focus area.
Nikon D300 merupakan salah satu dari DSLR yang paling kapabel dan didesign secara baik,di antara DSLR profesional lainnya.Resolusinya ditingkatkan,ada konversi 14-bit A/D, dan frame rate 6 frame/second. Hal baru dimasukkan didalam Nikon D300:Scene Recognition System,yang dapat menggabungkan data dari AF system dengan data dari 1,005-point metering system untuk duration yang lebih bagus dan traking yang lebih baik;51-point AFsystem yang sekarang mendominasi DX-sized frame dan includes 15 cross-type sensors;920,000pixel dan 3-inch LCD!

Nikon D300 Features
12.3-megapixel captures enough detail for poster-size photo-quality prints
3.0-inch LiveView LCD display
new 51-point AF system
In burst mode, shoots up to 100 shots at full 12.3-megapixel resolution
EXPEED Image Processing System and similar Scene Recognition System to that found in the D3
Self-cleaning sensor unit
magnesium alloy construction with rubber gaskets and seals

Monday, June 22, 2009

Kisah bini Tua Dan Muda

Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse, tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang (lelaki beriman OK la kut...) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan orang. Kak Nani, namanya=Rosnani.

Tapi entah macam mana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu dihari bahagia suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dengan senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa?

Setahun, dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua di atas tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami Kak Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan yakinnya berkata, "Tak perlulah jumpa suami akak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was". Saya agak kesal kerana tidak yakin dan Kak Nani dengan pantas mencelah, "Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa ..."

"Biarlah betul-betuk kak" kata saya . Jawab kak Nani, "kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak tendang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami".

Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani menyambung, "dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini", sambil dia menggoyang-goyangkan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan !!...

Wednesday, June 17, 2009

Permintaan

Kita selalu melihat dia ketawa,tetap mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin dia luahkan,disebalik kesenanganya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu!!tetapi,jika kita jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan mengerti.Renungkan..!Kenyataan tetap kenyataan,mimpi tetap mimpi,indah tetap indah,sakit tetap sakit,cinta tetap cinta,hati tetap hati,mana boleh pisahkan antar angin dan air,lumrah alam itu satu ketetapan,lumrah hati itu satu keinginan,prasangka itu satu penyeksaan."Beri sahaja aku 1o pemuda Indonesia,esok sesudah subuh aku hancurkan kerajaan Singapura".itu kata2 Pak Sukarno..!mungkin blh dijadikan ubat pematah hati.Takdir yang datang akan berlalu,takdir yang mendatang akan ditempuh.!ayuh,bangun.!

Tuesday, June 16, 2009

Mengelak anak menangis di tgh malam.


Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.
Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.
Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.
Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.
Walaupun demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak puan tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.
Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.
Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.
Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.
Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.
Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.
Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.
Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.
Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.
Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.
Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.
Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.
Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.
Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib

Sunday, June 14, 2009

Cukur Jambul dan kemenangan Ahmadinejad




Alhamdulillah,selesai sudah majlis cukur jambul,Adam,pd tarikh yang sama jgk,aku menyambut kemenangan besar Dr.Mahmoud Ahmadinejad meraikan kemenangan besar dalam pemilihan presiden Iran,syukur sekali lagi.anak dan idola berjalan seiringan.Diam tak diam aku cukup gembira tahun ini.Tahun yang penuh dgn kehebtan buat aku.Hidup aku mula sempurna,erti kecewa telah lari dari minda yang penuh dgn emosi satu ketika dulu.Aku upload dari kampung,slepas selesai mahlis cukur jambul Adam.Fuhh,lembap broadband nih,kita ketemu di lain hari.Lan&ida,Adam nk kawan..Cepat..!!Ziela,Adam nk kwn,blh msk paper sama2.huuhu.bila nk masuk sinar nih.?

Wednesday, June 10, 2009

inilah ikatan



Dari zaman bujang aku,sampailah aku dah berkeluarga,inilah perempuan yang setia menemani hidup aku,thanks to her,byk dugaan yg berlalu,kami masih bersama.Mariana bt Abd Hamid,buat pertama kalinya dalam blog ini,aku tuliskan dia.!Bukan apa,aku bkn jenis tulis kisah cinta utk tatapan org,malu sikit..heheww..!credit to her.thanks..aku selitkan gambar buat kenang-kenangan,dari zaman muda remaja,hinggalah menjadi ibu kepada Adam Ahmadinejad.Thanks,bg i anak yg comel!
p/s:harap mejadi isteri mithali,ibu solehah.!sempurna.!

Adam selepas 2 bulan





Adam,selepas puas menangis di dalam pantang,selepas puas dibedung kaki,sedar xsedar,adam sudah melalui umur 2bln.Aku ckp teruja melihat dia membesar di depan aku,aduh,syahdu sungguh bila ada anak nih..lain macam yoep..


p/s:buat kawan2,cpt kawin,buat anak..lain macam feeling dia.!