Tuesday, June 23, 2009

Antara cita2 & impian


Di dalam blog ini,kurang benar aku ceritakan tentang minat yang datang secara perlahan2 tentang dunia fotografi,antara bakat&minat,mungkin minat yang lebih sesuai untuk aku.Aku bukan manusia yang penuh dgn seni,aku hanya org biasa yang ingin belajar tentang cara mengambil gambar dgn sempurna,aku ulang sekali lagi,ini bkn bakat,tapi sebenarnya minat,Memang berhasil sebenarnya jika minat ini disusuli dengan usaha,harus ingat,aku bkn sekadar budak2 yg menggantung kamera di leher,sambil berjalan2 di KLCC sambil ingin dilihat oleh orang sbg 'BUDAK SENI'Bullshit aku lemparkan utk mereka.Aku jadikan ini sebagai kerjaya sampingan,buat mencari duit di hujung minggu,Disini aku ceritakan sedikit tetang ilmu DSLR yg aku tahu serba sedikit,Setelah aku kaji dan teliti,bg aku yang naif ini,Nikon adalah kamera yang boleh membuat seseorang itu sanggup menghabiskan ribuan ringgit.Sbb itu aku katakan tadi,kalau sekadar minat tanpa usaha,buat rugi jaa beli DSLR nie,tp oleh sbb minat dan boleh buat duit,akhirnya aku mampu miliki Nikon yg xseberapa ini.Selepas puas aku berjinak dgn D90 aku,aku berubah angin ke D300,atas sbb alasan yang kukuh,aku ceritakan serba sedikit apa yg istimewa D300 pada aku.Nikon D300 adalah kamera profesional kelas menengah. satu level di atas kamera DSLR (D40-D90) entrance dan selevel kelas profesional (D1-D3). D300 merupakan pengembangan D200 terdahulunya. Tetapi pengembangan featuresnya mengikut rapat hampir mendekati D3(kecuali tidak full frame).Sehingga D300 sering disebut-sebut sebagai adik D3.
Bagi aku,Nikon D300 adalah benar-benar kamera profesional. Tidak ada scene mode(seperti di kelas-kelas entrance DSLR), juga tidak ada tombol mode automatik! Beginner akan kesulitan dengan gadget ini. Juga tidak ada features flash automatik saat mengambil gambar dalam keadaan low-light.
Tetapi jika kita tahu apa yang akan dibuat dan apa yang harus dilakukan,Nikon D300 adalah alat yang sangat tepat untuk mewujudkan imaginasi lebih daripada bakat dan minat. Nikon D300 dapat melakukan banyak hal.Dia akan melakukan penyesuaian ISO dengan sempurna,menemukan detail secara ajelas di dalam bayangan(shadow),dan memetik gambar subjek sekalipun dia berada di luar focus area.
Nikon D300 merupakan salah satu dari DSLR yang paling kapabel dan didesign secara baik,di antara DSLR profesional lainnya.Resolusinya ditingkatkan,ada konversi 14-bit A/D, dan frame rate 6 frame/second. Hal baru dimasukkan didalam Nikon D300:Scene Recognition System,yang dapat menggabungkan data dari AF system dengan data dari 1,005-point metering system untuk duration yang lebih bagus dan traking yang lebih baik;51-point AFsystem yang sekarang mendominasi DX-sized frame dan includes 15 cross-type sensors;920,000pixel dan 3-inch LCD!

Nikon D300 Features
12.3-megapixel captures enough detail for poster-size photo-quality prints
3.0-inch LiveView LCD display
new 51-point AF system
In burst mode, shoots up to 100 shots at full 12.3-megapixel resolution
EXPEED Image Processing System and similar Scene Recognition System to that found in the D3
Self-cleaning sensor unit
magnesium alloy construction with rubber gaskets and seals

Monday, June 22, 2009

Kisah bini Tua Dan Muda

Ada seorang kakak ni, dah dekat menapouse, tapi masih nampak bergetah kerana kulit cerah, kuning langsat, body masih mengancam jantan miang (lelaki beriman OK la kut...) dan kecil molek orangnya. Hanya 5 kaki tinggi lebih kurang. Oleh itu tak terserlah ketuaannya malah jadi siulan orang. Kak Nani, namanya=Rosnani.

Tapi entah macam mana, saya dengar berita suaminya kawin lagi satu. Siap bersanding lagi dengan pelamin vogue, dan paling pelik buat kat rumah sendiri. Bahkan dua kali ganda pelik, Kak Nani sebagai penyambut tetamu dihari bahagia suaminya. Juga tiga kali ganda pelik, Kak Nani sambut dengan senyuman ori (bukan kelat tau) di gerbang rumah. Apakah rahsia suami Kak Nani itu yang bekerja hanya sebagai anggota penolong penguatkuasa?

Setahun, dah dapat orang baru, tak pasti lelaki ke perempuan, namun bila hampir genap dua tahun, cik abang tu kawin lagi satu tanpa menceraikan kedua-duanya. Ringkas cerita apa yang ditulis di perenggan kedua di atas tu berulang, bahkan isteri menyambut tetamu secara berjemaah, senyum, bangga dan tanpa sedih barang sekelumit pun !

Kak Nani pun montel, berisi dan bersusun gelang di tangan. Kagum saya akan suami Kak Nani! Telah ku sematkan di hati untuk mendapatkan petua dari cik abang apakah ilmu dimiliki.? Sayugia, seminggu kemudian dengan beradabnya saya menemui Kak Nani sebagai isteri tua sebagai minta izin untuk berjumpa cik abang.

Bila dilontarkan hajat mohon ilmu makrifat suami hebat, Kak Nani dengan yakinnya berkata, "Tak perlulah jumpa suami akak, sebab boleh akak nyatakan rahsianya tanpa was-was". Saya agak kesal kerana tidak yakin dan Kak Nani dengan pantas mencelah, "Akak nak jadi isteri yang taat, isteri yang adil, yang saksama, beri semua madu merasa apa yang akak rasa ..."

"Biarlah betul-betuk kak" kata saya . Jawab kak Nani, "kakak mahu semua madu rasa apa yang suami beri .., kalau dulu selalu akak kena penampar dan sepak tendang, kini mereka pun dapat, lewat layan seks kena tumbuk maka mereka pun rasa, makanan kurang panas kena baling dengan pinggan mereka pun alami, kejut suruh bangun subuh kena hentak di bucu katil mereka dapat juga, tanya kenapa balik lewat dibedal dengan buckle tali pinggang mereka pun rasa. Pokoknya apa yang Kak Nani rasa , mereka dapat dan rasa tanpa kecuali.Maka DAH KURANG apa yang akak dapat kerana pengagihan ADIL itu sesama kami".

Saya terkulat-kulat memikirnya. Dengan senyum simpulnya Kak Nani menyambung, "dan sekarang akak boleh tidur lena, makan selera, badan tak lebam, sihat montel dan kini suami akak tak lagi minta duit gaji akak (bini lain gaji mahal), maka dapat beli gelang-gelang emas 916 ini", sambil dia menggoyang-goyangkan lengan yang penuh gelang ibarat Rita Rudaini dalam filem Mami Jarum tu.

Saya batalkan hajat nak jumpa cik abang tu, sebab bersyukur. Walaupun tak dapat ilmu kawin 3 , setidak-tidaknya saya masih seorang lelaki dan bukannya jantan !!...

Wednesday, June 17, 2009

Permintaan

Kita selalu melihat dia ketawa,tetap mungkin sebenarnya dia tidak setabah yang kita sangkakan.Disebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yang ingin dia luahkan,disebalik kesenanganya mungkin tersimpan seribu kekalutan.Kita tidak tahu!!tetapi,jika kita jadi sahabat sepertinya,mungkin kita akan mengerti.Renungkan..!Kenyataan tetap kenyataan,mimpi tetap mimpi,indah tetap indah,sakit tetap sakit,cinta tetap cinta,hati tetap hati,mana boleh pisahkan antar angin dan air,lumrah alam itu satu ketetapan,lumrah hati itu satu keinginan,prasangka itu satu penyeksaan."Beri sahaja aku 1o pemuda Indonesia,esok sesudah subuh aku hancurkan kerajaan Singapura".itu kata2 Pak Sukarno..!mungkin blh dijadikan ubat pematah hati.Takdir yang datang akan berlalu,takdir yang mendatang akan ditempuh.!ayuh,bangun.!

Tuesday, June 16, 2009

Mengelak anak menangis di tgh malam.


Menangis bagi bayi atau anak kecil merupakan perkara biasa, bukan semestinya kerana ada masalah atau kerana kecuaian ibu. Malah menangis merupakan suatu pernyataan bayi atau kanak-kanak sebagai ganti kepada pertuturan yang tidak dapat diluahkan terhadap sesuatu yang berlaku.
Ada bayi yang masih dalam hari tidur nyenyak di siang hari, tetapi mula menangis pada masa-masa tertentu sama ada pada tengah malam, petang ataupun bila-bila masa tanpa sebab yang jelas.
Terdapat juga bayi yang mula menangis apabila tidurnya terganggu, biarpun oleh suara yang perlahan seperti bunyi benda jatuh, bunyi tapak kaki, bunyi pintu tertutup dan sebagainya. Pada kebiasaannya tangisan akibat gangguan tersebut berlaku dalam tempoh yang singkat.
Tangisan biasa selalunya ada kaitan dengan punca yang jelas seperti tercucuk pin pakaian, pakaian terlalu ketat menyebabkan bayi terasa tidak selesa, lampin basah, rasa terlalu panas, sakit perut, dahaga, lapar, rasa kesepian dan sebagainya.
Sesetengah bayi atau anak kecil akan menangis apabila berubah tempat tidur, dari tempat gelap yang biasa dia tidur berpindah ke tempat terang atau sebaliknya. Anak-anak yang dibawa balik kampung menghadiri majlis kenduri mungkin akan menangis kerana suasana tempat tidur yang berubah atau sebaliknya.
Walaupun demikian, tangisan yang memanjang seperti yang berlaku kepada anak puan tidak semestinya mempunyai sebab atau punca yang jelas. Tidak semestinya kerana lapar, dahaga, kesejukan, panas atau kehilangan orang yang selama ini berada di sampingnya, iaitu si ibu.
Ada orang yang mengaitkan keadaan sedemikian rupa, yang dikenali sebagai sawan tangis ini, akibat gangguan makhluk-makhluk halus, tidak kira sama ada gangguan tersebut akibat perbuatan makhluk halus yang dilibatkan dengan perbuatan manusia, ataupun akibat gangguan jin yang menggemari manusia, sejak seseorang itu dilahirkan, yang dikenali sebagai qarin atau makhluk halus yang datang menumpang bersama manusia.
Perkataan qarin berasal daripada bahasa Arab bererti teman atau pasangan. Istilah qarin bererti roh-roh jahat, yang terdiri daripada makhluk-makhluk halus yang sentiasa mendampingi manusia, sejak seseorang itu dilahirkan sehinggalah dia meninggal dunia.
Kewujudan qarin di samping manusia ialah untuk membiasakan, iaitu untuk menggoda atau menyesatkan, sehingga manusia itu tunduk kepada nafsu, yang akhirnya melakukan dosa, tidak kira sama ada dosa itu dosa kecil berpanjangan atau dosa besar seperti membunuh, berzina, makan harta anak yatim dan sebagainya. Cara lain ialah dengan memesongkan iktikad mereka sehingga membawa kepada perbuatan syirik atau murtad.
Dosa-dosa itu tidak diampuni Allah. Walaupun demikian, sekiranya manusia itu beriman dan dilindungi allah, qarin itu akan menyuruhnya melakukan kebaikan.
Selain itu, qarin juga berusaha untuk mencederakan fizikal dan roh manusia secara bersendirian ataupun dengan perantaraan manusia, menyebabkan manusia menggunakan jin-jin untuk melakukan perbuatan tertentu seperti untuk menyakiti orang lain dan sebagainya. Apabila ini berlaku, maka dari sini terjadilah kegiatan sihir.
Sawan tangis itu ada dua punca utama, iaitu bersifat fizikal seperti kerana lapar, haus dan sejuk, rasa hilang keselamatan diri seperti kehilangan orang yang selalu berada di sampingnya, biarpun buat sementara. Sakit seperti kembung perut atau selesema. Termasuk dalam kategori ini ialah sakit akibat jangkitan kuman dan juga kecacatan anggota seperti terhantuk, terjatuh dan sebagainya.
Punca kedua ialah akibat gangguan makhluk-makhluk halus. Allah menjadikan manusia itu daripada dua unsur utama, iaitu jasad dan roh. Islam mengajar agar anak yang baru dilahirkan diazankan di telinga kanan dan diiqamatkan di telinga kirinya.
Itulah ajaran terawal yang mesti diperhatikan dan dilakukan dengan tujuan agar bayi itu mendengar kalimah Allah sebaik-baik sahaja dilahirkan. Pencipta yang melahirkan bayi yang baru dilahirkan, yang memberi rezeki dan membesarkannya, dan akhirnya akan mematikannya untuk menemui-Nya.
Sekiranya dilakukan demikian, insya-Allah, bayi berkenaan tidak akan diganggu oleh ummu`s-sibyan, iaitu sejenis makhluk jin yang sering mengganggu bayi, yang boleh menyebabkan timbul pelbagai masalah termasuk gangguan tidur pada waktu malam, yang akhirnya boleh menyebabkan demam panas ataupun sawan.
Keterangan ini membuktikan bahawa roh bayi atau anak kecil boleh terganggu akibat gangguan yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar, ataupun melalui eksperimen teknologi moden. Dalam masa tertentu anak tadi kadang-kadang memperlihatkan reaksi luar biasa dengan wajah yang ketakutan seolah-olah sedang melihat satu objek yang menggerunkan di hadapannya.
Mungkin sukar untuk menjelaskan bagaimana gangguan yang tidak dapat dilihat itu boleh mengganggu bayi menyebabkan dia tidak berhenti-henti menangis, terkujat-kujat dan terketar mulut sehingga tidak terdengar suara tangisannya menyebabkan ibu dan juga bapanya menggelabah.
Ada beberapa tanda lumrah yang boleh diperhatikan oleh mata kasar sekiranya bayi atau kanak-kanak itu menangis akibat gangguan seperti yang dijelaskan, bukan disebabkan akibat luaran.
Tangisan biasa selalunya disertai dengan air mata. Keadaan ini jarang berlaku pada mereka yang menangis akibat gangguan, manakala suara tangisannya juga berlainan daripada tangisan biasa. Dalam keadaan tertentu tangisan ini mungkin disertai dengan air mata yang bersangatan.
Kanak-kanak ini kadang-kadang berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula. Mata yang pejam ketika berhenti menangis itu akan melahirkan ombak pada kelopak mata, seolah-olah kedua-dua biji matanya itu sedang memerhatikan sesuatu di bahagian kanan dan kiri.
Tangisan akibat gangguan selalunya mengeluarkan suara yang mendayu-dayu dan berpanjangan. Mata bayi kelihatan pejam. Tangisan terjadi seumpama dalam keadaan tidak sedarkan diri (tidur).
Dahi atau bahagian tengah, antara dua alis kadang-kadang berkerut, seolah-olah ada sebiji mata di bahagian tersebut yang sedang memerhatikan sesuatu.
Sering terjadi pada anak-anak kecil yang terganggu, mereka menangis dan menjerit dalam keadaan ketakutan dan menggigil seolah-olah disergah oleh sesuatu yang menakutkan. Anak ini setelah puas menangis, akan tidur sebentar, lalu menangis lagi dalam keadaan teresak-esak yang disertai dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat.
Terlalu banyak kaedah atau usaha boleh dilakukan yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. dalam usaha mengatasi masalah seperti ini, di antaranya ialah dengan membacakan surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah an-Nas dan surah al-Falaq, kemudian hembuskan pada ubun-ubun anak. Lakukan sebanyak tiga kali. Sekiranya anak-anak ini masih juga menangis, bacakan azan di telinga kanannya dan iqamah di telinga kiri. Lakukan sekali ataupun tiga kali.
Dalam sebuah hadis riwayat oleh Abu Isa at-Tarmizi, katanya telah diriwayatkan oleh Aqabah bin Amir al-Juhani, daripada Nabi sabdanya: Sesungguhnya Allah telah menurunkan kepada aku beberapa ayat yang tidak diperlihatkan seumpamanya, iaitu Qul a'uzu bi rabbinnas dan Qul a'uzu bi rabbilfalaq sehingga akhirnya.
Hadis ini bermaksud bahawa Allah telah menurunkan dua ayat di atas kepada Rasulullah yang mempunyai fadilat yang amat besar, iaitu untuk melindungi diri daripada bahaya teguran hasad dan pandangan mata jahat. Termasuk dalam kategori pandangan mata jahat ialah manusia yang dibantu oleh jin-jin untuk melakukan perbuatan sihir, yang memancarkan pandangan jahatnya kepada mangsa melalui pandangan mata, termasuk bayi atau anak-anak yang menyebabkan berlakunya gangguan roh.
Mudarat akibat daripada pandangan mata jahat memang boleh berlaku. Dalam menghadapi masalah seperti ini Rasulullah membenarkan Asma' Binti Umays (isteri seorang sahabat) untuk meminta pertolongan kepada orang yang tahu menjampi dalam usaha untuk menolong merawat anak Jaafar, iaitu saudara kepada Ali Abu Talib

Sunday, June 14, 2009

Cukur Jambul dan kemenangan Ahmadinejad




Alhamdulillah,selesai sudah majlis cukur jambul,Adam,pd tarikh yang sama jgk,aku menyambut kemenangan besar Dr.Mahmoud Ahmadinejad meraikan kemenangan besar dalam pemilihan presiden Iran,syukur sekali lagi.anak dan idola berjalan seiringan.Diam tak diam aku cukup gembira tahun ini.Tahun yang penuh dgn kehebtan buat aku.Hidup aku mula sempurna,erti kecewa telah lari dari minda yang penuh dgn emosi satu ketika dulu.Aku upload dari kampung,slepas selesai mahlis cukur jambul Adam.Fuhh,lembap broadband nih,kita ketemu di lain hari.Lan&ida,Adam nk kawan..Cepat..!!Ziela,Adam nk kwn,blh msk paper sama2.huuhu.bila nk masuk sinar nih.?

Wednesday, June 10, 2009

inilah ikatan



Dari zaman bujang aku,sampailah aku dah berkeluarga,inilah perempuan yang setia menemani hidup aku,thanks to her,byk dugaan yg berlalu,kami masih bersama.Mariana bt Abd Hamid,buat pertama kalinya dalam blog ini,aku tuliskan dia.!Bukan apa,aku bkn jenis tulis kisah cinta utk tatapan org,malu sikit..heheww..!credit to her.thanks..aku selitkan gambar buat kenang-kenangan,dari zaman muda remaja,hinggalah menjadi ibu kepada Adam Ahmadinejad.Thanks,bg i anak yg comel!
p/s:harap mejadi isteri mithali,ibu solehah.!sempurna.!

Adam selepas 2 bulan





Adam,selepas puas menangis di dalam pantang,selepas puas dibedung kaki,sedar xsedar,adam sudah melalui umur 2bln.Aku ckp teruja melihat dia membesar di depan aku,aduh,syahdu sungguh bila ada anak nih..lain macam yoep..


p/s:buat kawan2,cpt kawin,buat anak..lain macam feeling dia.!

Sunday, May 24, 2009

Kereta baru


huh...cayene ohh cayene...betul ker mr.Jack..mana blh tahan mcm nih!Rezeki xkemana kalau da jd rezeki.Berjayakah aku memujuk en.M utk ker K4 anuar yo?ini semua nk tender kerajaan.Semua nie taktik lama,dlm poket aku jaa.!aishh..

Thursday, May 21, 2009

CONFUSE



Setelah sekian lama aku bertungkus lumus sampai ke tahap ini,aku rasa sudah tiba masanya untuk aku nikmati keindahan dunia,apa lagi yang lebih indah untuk para lelaki.KERETA..!ya,memang kereta,tapi,masih ada kebuntuan dihati.BMW 525 diconvertkan ker M5,idaman hati,tapi Wan&pian xabis2 jecckk aku Golf GTI,ada geng katanya.Aishh,pening!Aku cuba bandingkan,Maintainence,525 menang!Besar,525 menang,cantik,fight2 nih,branding,sendiri fikirlah.Lan,lu jgn risau,gua gerenti xlupa lu punya masa test drive nnt!


p/s:bro,aku dah jemu masa kita satu geng dlm CCM,sekarang nie biarlah aku terpisah dgn M5 aku.ayuh kita ke showroom.

Wednesday, May 20, 2009

Lelong!Lelong!


Camry....aikk...Kaa Zambry yg mau kena jual..??confuse..Tender!!Tender!!Tender awam..Untuk dilelong di Negeri Perak.Tawaran Kenyataan,Hitam METALIK,baru guna 3bulan bkn Camry tapi ZAMBRY,kelbihan blh revearse sendiri.Macam Night Rider lah,Harga boleh runding.

p/s:Mamak maulana bawh opis aku lagi ensem pada dia..itu kenyataan.!

Friday, May 15, 2009

Minggu tender yang memenatkan.

Cukup 2minggu,akhirnya selesai jugak segala urusan yg amat memenatkan kepala otak..gila punya kerja..!Bkn senang nk senang,bkn susah nk susah.Fikir dan renungkan.Musim panas dah sampai ke malam sekarang nie,fuhh,panas semua.Malam nie Man u jmp Arsenal,Pian CCM ajak tgk dkt Barcode,xpayahlah,aku sambut kt rumah cukup,penat mata pun xhabis lagi.Aku tau,EPL kami punya sheikh,Champion League,tungguu..!Da tau pun.Ada jersi br Man U nk order.Aku nak.!

Friday, April 17, 2009

KU SANGKA MAY RUPANYA APRIL







Syukran!syukran!syukran!Jam Di dinding menunjukkan pukul 4p.m,Nana ckp kt aku,bee,i dah start contraction,fuhh,nasib baik aku xmemulakan perjalanan ke Kedah lg,dgn kadar pantas dan segera,Caldina di depan rumah,aku panaskan enjin,aku tau confident diri aku utk pemanduan ala Kimi Raikonnen,Haha.!aku terus menuju ke Az-Zahra Hospital,dari Putrajaya,hingga ke Bangi aku cuma ambil 5minit prjalanan,dlm hati terer jgk aku nih,Perasan!Smp di Az-Zahra,Doktor ckp,"En.Amer,ur wife da bkk 3cm",Dalam hati aku,owh my god,Tuhan punya kuasa,cuma menanti masa dan ketika yang sesuai,tepat jam 8mlm,Nana dimasukkan ke dalam Labour Room,aku berdebar tanpa henti,Kaum keluarga,sahabat handai,semuanya sudah smp di Hospital,terima kasih atas segala sokongan dari mereka.Salute habis!Tepat jam 3.30a.m,Doktor menyiapkan segala alat kelengkapan untuk mengeluarkan sesuatu di dlm perut yg sudah tersimpan selama 9bulan itu.Aku nk msk dlm Labour Room,Confident diri xtinggi,takut Dr kena ubat aku plak lepas tuh.Hee,tp aku gagahkan jugak,Bak kata org putih,"i know my limit",Selepas bertarung kurang lebih 8jam,A'dulillah,suara tangisan ala buluh perindu sudah kedengaran,mcm mimpi,Tepat jam 4.04a.m,15 April 2009,Darah jenis O,Berkulit merah ala2 tomato,dgn berat 3.45kg,Adam Ahmadinejad sudah melihat dunia.Aku Dah jadi seorang ayah,Ya allah,indahnya dunia,Dgn titisan air mata,aku azankan dia,aku mula sedar yang Adam Ahmadinejad ini berbinkan Khairil Muzamil..Terima kasih tuhan atas anugerah yg tidak ternilai ini.Aku bersyukur.!

Sunday, April 12, 2009

Ziela...Sebentar yaa.





Gmbr2 sekitar perkahwinan Wan&Ziela di Melaka,yg johor nnt dulu nnt dulu,nnt hilang seri kata org tua!haha,suprise!

p/s:kalau nk yg non editing,jemput ke rumah,jgn lupa bwk pendrive yer,tp bkn semua nih.huhu!

Friday, April 10, 2009

Samseng sangatkah mereka?

http://www.youtube.com/watch?v=YgPLp3XeUKo

"Pertubuhan Kebajikan&Dakwah Islamiyah Malaysia(///)",Ditubuhkan untuk membantu sesama ahli,tetapi mungkin ada pandangan dan pendapat yang berbeza boleh menyebabkan berlakunya pergeseran sesama kita.Ayuh,kita ungkaikan segala ikatan,kita hadir dari pintu yang sama,dari loceng yang merah,dari pintu yang disilang pedang,buat Pakatan rakyat,teruskan perjuangan,i'allah kita cuba satukan pemahaman kita.Buat Abg Rakhi,kalau perjuangan seperti ini dapat diperjuangkan didalam lorong yang benar,pasti akan hadir bunga dalam hati ayahanda kita.(Tikam Batu)/Rapat Setia..

Thursday, April 09, 2009

Apa ada pada A?


A,hanya satu huruf kosong yang penuh makna dalam hidup aku,dgn panggilan nama yang cukup indah sehinggalah kepada nama seorang presiden yang cukuh gah dimata dunia.AHMADINEJAD(presiden Iran).Aku teringat dgn satu petikan kata beliau,tentang pandangan&pendapat terhadap Perdana Menteri baru Amerika Syarikat.

Ramai org Islam percaya yang Barack Hussin Obama adalah orang kafir yang lembut terhadap Islam,tapi tidak bg Dr.Ahmadinejad,beliau menyatakan bahawa,"Tidak kira baik mana pemimpin itu terhadap dunia Islam,Obama tetap hadir dari lubang yang sama,iaitu Amerika Syarikat",Renungkan,Aku sengaja mengajak sesiapa sahaja yang tergerak hati utk menghayati tulisan ini,marilah kita beramai2 memikirkan tentang apa ada pada percaya.!Fikirkan..A itu akan menghasilkan impak yg cukup besar dalam hidup aku.!


p/s: Adam Ahmadinejad,kami menanti kehadiranmu.

Wednesday, April 08, 2009

Ir.Nizar Jamluddin(TaBik springg)

"Woi,Nizar ada sini woo!"Jerit seorang pemuda cina dlm bahasa mandarin kepada rakan-rakannya.Bertempat di sebuah pasar malam,Kota Jaya,Simpang,Taiping baru-baru ini.Dengan pantas para peniaga&pengunjung memanjangkan leher meninjau-ninjau kehadiran Menteri Besar yg penuh dgn kredibiliti itu,walaupun ada sekalian Umno tidak mengiktiraf beliau.Biarkan mereka!gila!xpernah cukup!Ramai orang2 melayu di situ terpinga2 dengan sambutan yg diberikan kepada DS Ir.Nizar Jamaluddin,bangga aku tengok.Hadir lagi seorang pahlawan Islam di dlm medan perjuangan yg cukup sempit ini.Malam itu Nizar mengenakan baju kemeja kotak2 berwarna hijau,berjenama CK barangkali,seluar hitam bersama kasut hitam kilatnya,aduh,terpersona org disekeliling dgn kehadiran pemimpin besar itu.teruskan perjuangan,jgn undur dan terus mara ke hadapan.kami sentiasa di belakang DS.Tahniah,Bukit Gantang,anda telah buktikan kuasa rakyat lebih hebat dari gelombang Sumatera.Gegarkan Malaysia dari lena yang panjang,aku menulis dari hati yang penuh gembira.Penat lelah semua akhirnya terhasil.itu janji Allah pada kita.

p/s:Kembailikan MB kami semula.(DS Ir Nizar Jamaluddin)
Kami xmahu Zambri(Obama M'sia),perasan,mamak Maulana bwh ofis aku seribu kali handsome pada dia.Perasan xabis.

Sunday, April 05, 2009

Menchester oh Menchester


"Sehari sebelum perlawanan"
Ternampak seorang jurulatih sedang memberikan arahan&pandangan kepada anak2 buah di tepi padang.
"Saya dah naik muak dan bosan dgn team kita.Asyik!asyik!..menang.Tak fight laa mcm nie,apa kata,nnt kita bagi team lain menang plak,lagipun kota dah selesa sangat kat depan,xda saingan.Bukannya diorang boleh kejar pun,bagilah diorang happy sikit,kan dapat pahala nanti!Man u dah xda saingan lngsung,penat asyik menang jaa..Kali nie kita bg team lain menang plak.Van der Sar,kamu main 20% jaa..Lepas gol byk2..xpa,diorg dah xlarat nk kejar pn..Liverpool seronok sangat pun sbb kita bagi menang.apa daa.!Perasan.

p/s : Kita tgk siapa juara liga nanti,senang cerita lah..!

Makan hati

Me(Topeng PresiDent) Wan Azizah(PKR President)
Pasti ada pemuda2 tahan lasak yang makan hati..!haha..ini lah perjuangan namanya.xmau cerita lebih,walaupun aku tahu bapak mertua aku musuh ketat di Bukit Gantang aku akan pastikan dia memeluk bulan satu hari nanti..xgitu Pak Hamid,..!Dulu dgn anak,sekarang dgn mak plak.

Hati-Hati


Malam semalam aku dapat satu sms

"saya sokong awak jadi ketua pemuda Dato Mukhriz"

Dah tgh2 malam satu sms lagi masuk

"ala..kalah plak...xder cable laa kita mcm nie..!


p/s:Rasa mcm nk lempang pn ada..alah xda Umno pn kita blh hidup...

Malas nk msk campur,gila..!!

Gud luck Pakatan Rakyat..


Takbir...!!!

Saturday, April 04, 2009

Umrah


Pagi ini,sedar dari tidur yang panjang,memikirkan satu perkara yg cukup indah pernah hadir dalam hidup aku..!Umrah!Cukup indah,haha,alan,gua doakan lu selamat beribadat dan selamat pulang dari kota suci MEKAH&MADINAH..I'allah,aku doakan yang terbaik utk hang..Jgn lupa pesanan aku malam td,kita jahil di mata tuhan,tapi kita wira di mata mereka yang rasa hebat di mata manusia..selamat tiba ke Kota Suci.Sampaikan salam aku pada Rasulullah S.A.W..I'allah.

Friday, April 03, 2009

Friday, March 20, 2009

Umno & Pura-pura

Umno!!mana pernah betul,betulkah kenyataan ini,cuba tanya org2 yang memperjuangkan umno,semua malu nak mengaku diri itu umno.Sedangkan hakikatnya dalam dompet masing2 ada kad keahlian.Apa pandangan&pendapat kita tentang pemilihan Umno,Bagi aku,Tiada apa2 perubahan selagi pemimpin yg dipuja itu tidak diubah,apa benar kenyataan ini?nantikan kebenarannya.Rahsia.

Thursday, March 19, 2009

Adam Ahmadinejad

Arab..Palestin..Tulen..!!Bulan depan pasti bulan yg terbaik utk aku..aku!!akan lahir satu umat manusia.Adam Ahmadinejad diberi nama,hasil pilihan hati yg cukup gilakan perjuangan seorang pahlawan islam moden di bumi iran.Mungkin ini boleh dijadikan panduan untuk sesiapa shaja yg ingin muncul sbg mujahid di abad ini.cukup tidak sabar dengan penantian ini.

p/s: aku doakan adam ada kawan hasil perkongsian uncle alan&untie eyda dia satu hari nnt,i'allah!haha..

Thursday, February 26, 2009

Setelah kita tahu kita berikan yang terbaik





kita sebagai manusia tidak dapat memuaskan hati semua org..biar hati kita yg terluka,tetap sebaik mgkin tidak hati manusia lain..aku xmampu mengubah apa2 jika ada anggapan yg kurang enak..aku hnya manusia dan hina..kalau org baca pn tentu rasa down dgn tulisan aku kn..gila ker apa amer ni..mcm tiada confidence diri..aku tulis ini bkn sbagai panduan,cuma sekadar renungan..biar aku kembalikan semangat ini..mari aku bercerita sedikit..baca smp habis,jgn tertinggal walau sepatah ayat pun..jangan risau,inilah yg dipanggil RESISTANCE,ataupun dgn kata melayunya,RINTANGAN.Dalam apa2 keadaan pun tetap ada rintangan.Rocket terbang sampai ker bulan pn ada rintangan udara,graviti,termasuk beratnya sendiri.Tapi smpai juga kan ker bulan.?Orang yg tdk ada rintangan graviti,ddk terawang2 dlm ruangan graviti 0 selama 6bulan mesti kena masuk hospital keran tulang akan jadi lemah,jadi apa maksudnya tue,makna nya,org yg idup xpa rintangan&dugaan ini,lebih baik ddk dlm hutan,jgn jd manusia,jgn bersyukur dgn kejadian diri..aku masih baru dalam dunia perniagaan,tapi aku ada sedikit pengalaman yg boleh dikongsi bersama..Takut dikecam oleh client perlu ada supaya kita buat yg terbaik utk mereka..begitu juga dengan cinta..sama dan tiada beza.tetapi,setelah anda berikan yg terbaik,dan perkara itu masih berlaku,jangan rasa DOWN,kerana itu semua perkara biasa.Semasa aku sndiri mengalami satu masaalah dgn seorang client cerewet aku,aku dah buat segala yg terbaik tetapi masih belum memuaskan hatinya sehingga dia berlalu dan memboikot aku bersama kawannya..masa itu mmg rasa down,tetap alhamdullilah,action speaks louder than words.dari hari ker hari,aku cuba utk mencipta pembaharuan demi pembaharuan sehingga sentimen ciptaan client tak puas hati itu mengalah juga sebahagiannya.Kepada mereka yg lihat sendiri dengan mata mereka,lama kelamaan golongan itu akan lenyap ditelan masa.sbb itu,manusia biasa ada kalanya memerlukan sesuatu utk melonjak mereka,spt jgk aku..kadangkala perlukan dia utk mencari kekuatan yg sedikit ini..!Yang paling penting dlm idup ini,jangan mengalah setelah kita tahu kita telah berikan yang terbaik.ambil ini sebagai azimat.tidaka ada apa lagi yg perlu dicari dalam keindahan dunia ini..ruangan yg sempit lagi menyampitkan..teramat sangat..itu kekuatan aku,itu penceritaan aku..sekian..

Sunday, February 15, 2009

Permulaan baru







Mungkin cerita ini buat org terluka....mana pernah cakap dgn tambahan2 yg menyakitkan hati&prasaan org..aku tulis utk diri sendiri,tp bro jack pndai2 menambah nama2 yg sensitif dlm blog nih..da ada org yg terluka..gila py org tua...dia..R....N...sori,xsempat pn nk adjust blog nih,syok sndiri jaa..!!hr nie br alter blk..jgn risau,jujur dlm erti kata setia itu masih ada...jgn bersangka buruk..aku mcm dlu jgk,lama dia diam,rupanya ada perkataan yg mengguris hati..aku cari di mana silap,hmm,patutlaa xjumpa..rupa2 nya,biarlah rahsia..apa derr,diam mner blh selesai masaalah,slalu i pesan kn....suka bt2 lupa..dah,jgn mcm nie..!!ada byk cerita yg ign dikongsi....abg jack,lu suda buat gua ssh,lu yg mula,lu msti habiskan....tapi,xpa,aku kn blh selesaikan segalanya...haha,lagi skali,aper derr dia nih...bwk diri rupanya...haaa.!!dah,ckp smp sini...xmau2...mcm cerita hindustan pn ada...

Sunday, January 11, 2009

Mindrace


Hari baru..apa lagi dunia baru lahh..today going meeting with Mejar Hashim,Careman Security..fuhh.penat gila..apa nk buat,hati client kena jaga,kalau x payment sangkut..huhu..ok amer,be a gud men when meeting dgn org besar..sgala ilmu mencari syarikat akan digunakan utk memutar belit tokey2 security yg buat2 tunjuk pndai dlm bidang nih,sedangkan contract kerajaan satu pn xpenah sangkut..hahah..melangkah dgn gagah,konon2 org yg paling hebat dlm pengetahuann KKDN,br askar2 nie angkat muka...orite,kluar carik biznez lbh penting..chioww..

Friday, January 09, 2009

Ludah israel


mungkin pencerita di m'sia lbh hebat menceritakan pernikahan mawi&ekin.!tuelah m'sia..org mlayu,xpenah b'ubah..cukup smp sini crita insan yg xbrapa penting utk umat manusia..aku dapat email dr sorang kwn,aduh,tragis sggh tgk keadaan israel yg bergolak,menceritakan penderitaan kanak2&wanita yg xberdosa dibunuh dgn kejam rejim zionis..bilakah akn muncul benar2 pahlawan islam yg boleh merobek keegoan israel..ayuh hulurkan bantuan pada mereka,mari bersama menegakkan perjuangan ini..mgkin kita mampu menyampaikan doa pd pejuang2 hamas dan hezbollah yg bertungkus lumus cuba pertahankan islam..ahmadinejad tidak mampu utk menghulurkan bantuan seorang dri..sama2 kita berdoa agar kemenangan di pihak kita..jgn hnya berdiri pada nama islam sdgkan bercerita tentang keindahan m'sia..jgn bergantung pada kuasa barat yg hnya memandang kita sebelah mata..mgkin akan ada imam samudera yg kedua..itu janji allah pd kita..gugur syahid,akan bangkit pahlawan syahid yg baru..israel mmg durjana..

penat




huh....penat gila..!br smp rumah,habis sudah job hr nie,mau amik towel,refresh my self,lps tue apa lg,dreaming2 lahh..everything going ok td.i wit my team,pian&our sifu mr.daniel zain,uda rehat dlu,dpt baby kn.. slamat mnyelesaikan tugas masing2 mnagkap moment2 indah milik sang kekasih td,kami,bila lg.??haha,.aku spt biasa,crik angle yg plg mnarik utk dibuat tatapan,cuba jgk utk lawan daniel zain,hmm,apakan daya nikon D3 dia lbh mnarik pehatian..hampeh lu bro..haha,tp apapn,client berpuas hati dgn kerja kami,esk smbg dgn kerja2 editing..next week storybook nk kena siap,xblh tangguh2 lg..penat..!tp yg terbaik ttp aku berikan..dia,masih lg membawa diri..aduhh..!apapn job dgn dia ttp yg paling aku nantikan..pian,nikon still da best wlaupun lu ckp canon best..gua xterpengaruh lngsung beb..haha,jgn kck ht..!selitkan ckit kerja2 kami td..bro lu py d3 mmg mngancam lah..pian,bagus!aku,apa lg,cari angle lahh..haha..chioww..

tangkap gambar


blk dari ofis td,aku singgah alamanda jap,sblm tue mcm biasalaa,lepak mamak kebangsaan bwh ofis tuh,maulana..teh o ais smbl isap 2-3 batang rkk..xabis dgn crita politik kuala trengganu,aku agak umno tumpas kali nie,pakatan rakyat mmg tgh berbisa,haha,mr.jack ada peperangan kt terengganu nih,biarlah rahsia.huhu..selesai sgala keja,mlm nie ada shoot wedding kt saujana impian plak,akad nikah reception,aku ditempah sbg photogrpher lg,rezeki kot,lpslaa nk buat duit tukar booster kreta..penat pn xpa,yg pnting masyukk sdikit..muda2 nie lah carik duit,mana tau esk rezeki da tua,blh ddk mekah buat amal ibadat plak..yg pnting smangat..terbinalah masjid satu lg dkt muka bumi nih..huhu,lunt,esk jgn lupa midvalley,aku tau hg msti baca blog nie py..tgi friday satu kali,ada brann kaa.?hee..mana tau org tgh byk duit nih..kalau mengadap bnda nih,smp lusa pn xabis,oklah,mau prepare brg2 sdikit,persiapan,mlm nie kn nk pg mnembak org nikah..harap2 berjalan lancar,dgr crita bapak pngantin mulut blh tahan,takut siap ajar angle mana nk amik nih..terrr...org dolu2..ada masa aku update gmbr pngantin kt cni..ok,ayuh org muda,kita bngun smbg kerja..chioww..!!

Thursday, January 08, 2009

terluka


Mungkin benar kata orang,sangkaan itu datang dari hati yg cukup sempit memikirkan kepentingan diri,indah itu bkn dibuat2,bhgia itu bkn dtg diundang,maafkan diri ini andai ada yg terluka dgn kata2 atau perbuatan yg kurang menyenangkan,aku hnya insan yg hina dan xsempurna di mata dia.cinta itu datang dan pergi walaupun tanpa dipaksa..aku kesal dgn cerita lama.Bkn lagak seperti hero yg inginkan kebebasan mutlak berkarya,cuma deringan khabar hati yg ikhlas dari dia,itu sudah cukup buat aku merasa bahagia.sibuk menguasai diri..penat tidak terkata dgn tugasan yg amat memeritkan saban tahun,tapi aku pasrah,mgkin dgn cara itu utk aku servive dalam lapangan yg cukup sempit ini.mungkin dia tidak sedar bertapa setia yg aku cuba tonjolkan dalam hidup ini.seperti biasa,aku bukan manusia biasa.blog lama aku tutup ats sbb2 tertentu,kerna takut ikut jejak langkah raja petra kot..huhu,aku kembali dgn blog yg baru ini,utk memberi sokongan pd sesiapa shj yg ign berkongsi kasih dan cerita.slmat tggl 2008,bangun 2009 dari lena yg ckp panjang.aku khairil Muzamil perkenalkan diri,amer panggilan biasa,hnya insan biasa yg menagih setitis kasih dalam dunia yg ckp luas ini.bkn biznez partner utk dia.xbenar sama sekali.beri perhatian yg sedikit utk aku sudah memadai.xpernah rimas dgn keadaan diri ini.cuba berubah mencari ketenangan yg lebih abadi.ckp smpai sini dlu,nnt ada cerita panjang,aku kongsi bersama..jgn rungsinglah,aku hnya ada dirumah,atas meja hitam smbl menekan butang utk menghasilkan blog yg baru ini..xkemana2 pn,xjgk curang diluar..skali lagi,jgn risau..!gmbr di atas hasil fotografi yg picisan mgkin di mata yg bijak menilai,hnya sekadar gmbr dgn nikon yg xseberapa utk tatapan bukti bhwa aku ke kedah mmg atas tugasan kerja..anak maksu aku ini sbg bukti yg aku kalau outstation ke kedah mmg tdo umh maksu aku jaa..xsempat nk ke siam pun..dun worry powerpuff..my dreaming..

tahun baru


Selepas habis seminggu new year berlalu,aku baru sempat mengucapkan slamat tggl 2008.!haha,kembali dgn azam baru,aku masih seperti dulu,cuma membawa misi yg berbeza.ingat,pasrah dgn takdir bukan jalan penyelesaian.Its been a gud year i hope,I'm pretty much living my dream right now anyway,thanks..doakan bersama..heppi new year..

Cubaan




Disini aku lampirkan seketika keadaa di majlis Dr intan..Maafkan sy yer doc,mgkin menanti terlalu lama utk gmbar perkahwinan..hee,terlalu byk kerja sampai utk dri sndiri pn xterlayan,tp aku ttp spt biasa,beraksi ala2 ultraman,kononnya tiada apa yg berlaku,org ckp penantian itu sesuatu yg indah.!

Kelahiran




Indah tgk kelahiran anak kwn2..!sronok tgk kwn2 aku menimang cahaya mata baru...lahir lagi umat manusia utk memeriahkan bumi.terlalu agung ciptaan tuhan..Harapan demi harapan..Bangun....

enjoy!